Dihantar Oleh Pada 28 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Kurang dari 50 biji
Description

Biskut kegemaran anak-anak. Resepi dari buku yang diubah suai ikut cita rasa saya sekeluarga...

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan-bahan A : 300 g Mentega 100 g gula aising Secubit rasa garam
  • Bahan-bahan B : 300 g Tepung (diayak) 220 g Cornflakes (dihancurkan hingga halus seperti tepung) ½ sudu kecil vanilla esen
  • Bahan-bahan C : 2 biji putih telur 150 g Gula aising 15 g Tepung jagung
  • * 100g Coklat dicairkan buat hiasan
Cara-cara
  1. Cara-cara (1) :

  2. 1. Putar (A) sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil.

  3. 2. Tambahkan (B) yang telah di adun hingga sebati.

  4. 3. Simpan dalam peti sejuk selama 60 minit atau sehingga keras.

  5. 4. Canaikan doh di antara 2 kepingan plastik hingga menjadi 3 – 5mm tebal kemudian terapkan ikut cita-rasa.

  6. 5. Bakar pada suhu 170ºC selama 20 minit atau kuning keemasan.

  7. 6. Biarkan ia sejuk.

  8. Cara-cara (2) :

  9. 1. Campurkan kesemua bahan-bahan (C) sehingga sebati.

  10. 2. Paipkan bahagian atas biskut yang sudah disejukkan (1) dipermukaan.

  11. 3. Guna pencungkil gigi untuk membuat garisan ke atas coklat cair yang telah disapu. Biarkan ia keras selama 30 minit.

  12. 4. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 150ºC selama 10 minit.

  13. Selamat Mencoba..................

Komen