Resepi ? Gulai Ayam ?

 Dihantar Oleh Pada 24 September, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 orang
Description

Resepi dari Majalah Perempuan April, 1994

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 1 ½ senduk cili kering (digiling)
  • 1 ½ biji kelapa parut (ambil santan)
  • 1 senduk bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu besar halia (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 7 sudu makan rempah kurma
  • 1 keping gula melaka
  • 2 biji cili hijau dan cili merah (dibelah dua)
  • Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan kemudian dipotong-potong, dibasuh dan toskan airnya.

  2. Kelapa diambil santan secukupnya.

  3. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga wangi baunya.

  4. Masukkan cili giling dan serbuk rempah kurma.

  5. Masukkan ayam dan gaulkan hingga rata.

  6. Masukkan santan, gula melaka, gula, garam, asam keping dan serbuk perasa secukup rasa.

  7. Apabila telah pekat dan sebati bolehlah masukkan cili merah dan cili hijau yang sudah dipotong dua.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua