Resepi Gula Berwarna - Untuk Hiasan Biskut

 Dihantar Oleh Pada 21 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sangat mudah
Description

Gula berwarna ni cantik & sesuai ditaburkan pada ising biskut; contohnya di atas royal ising... Bahan-bahan yg diperlukan sangat mudah.

Share:
Bahan-bahan
  • Gula Caster
  • Kantung Plastik
  • Pewarna (jenis cecair) - ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan beberapa sudu makan gula caster ke dalam kantung plastik secara berasingan.

  2. Titikkan pewarna & adunkan pewarna tersebut sehingga gula & warna menyatu (seperti dalam gambar di atas). Picit2 saja & goncangkan sedikit plastik bag supaya warna menyatu.

  3. Tone warna mengikut kehendak memasing - jika hendak terang, tambahkan pewarna.

  4. Akhir sekali, biarkan gula yg sudah berwarna dalam beberapa jam sebelum digunakan - jgn disimpan terus ke dalam container - supaya gula tidak keras & berketul.

  5. Cara menggunakan gula berwarna ini = selepas mengukir biskut di atas pinggan dengan ising (royal ising yg sudah diwarna & sebelum ising mengeras) gula warna ini bolehlah ditabur. Goyangkan sedikit biskut. Mana-mana gula yg tidak terkena pada ising akan jatuh & boleh disimpan semula.

  6. Gula berwarna ini juga sesuai digunakan utk menghias butter cream pada cupcakes. Selamat Mencuba ; )

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen