Resepi Sup Telur

 Dihantar Oleh Pada 06 September, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 - 3 orang
Description

Resipi dari husbant...

Share:
Bahan-bahan
  • *1 labu bawang besar [dimayang]
  • *2 ulas bawang putih [dimayang]
  • *1 inch halia [di ketuk]
  • *1 batang kulit kayu manis
  • *3 kuntum bunga lawang
  • *5 - 6 biji buah pelaga
  • *2 sb lada sulah [boleh tambah/kurangkan ikut citarasa]
  • *sedikit bilis / udang segar
  • 4 biji telur ayam
  • 10 biji fish ball
  • 2 ketul tauhu [dipotong lapan]
  • 2 liter air
  • 2 sb minyak masak [untuk menumis]
  • daun sup/bawang
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan * hingga naik bau.Kendian masukkan air dan biarkan hingga mendidih.

  2. Pecahkan telur satu persatu ke dalam tumisan sup tadi.Tapi saya guna cara ni...Telur dipecahkan dahulu ke dalam senduk.

    open-uri20151010-29872-mzfozk
  3. Masukkan senduk ke permukaan sup.

    open-uri20151010-29872-1wc21c1
  4. Biarkan sekejap sehingga telur putih memejal sedikit.

    open-uri20151010-29872-lo2jwa
  5. Tenggelamkan telur dan keluarkan dari senduk tersebut..Ulangi lagi step (2) hingga (4) untuk kesemua biji telur.

    open-uri20151010-29872-1o897vw
  6. Setelah itu boleh masukkan fish ball dan tauhu...Perasakan ngan garam..Biarkan mendidih dan kesemua bahan masak.

  7. Tutup api dan masukkan daun bawang/sup.

  8. Sedia di hidang

Tags 
  •   sup
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua