Resepi Ayam Goreng Percik Berkuah

 Dihantar Oleh Pada 21 November, 2006
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 - 8 orang
Description

Penyediaan bahan 20 minit, memasak 20 minit, resepi dari bonda tercinta. Gambar daripada laporan masakan oleh mutiarazura.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
  • Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ****
  • 2 batang serai (dititik)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 biji kelapa (diambil santannya)
  • asam keping (4-5 keping)
  • gula & garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan

  2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi

  3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak

  4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping

  5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa

  6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan