Resepi Putri Mandi

 Dihantar Oleh Pada 26 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: cukup untuk 1 family (4 - 6 org)
Description

Fav arwah nenek ni..tiap kali balik cuti mesti kena buat..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 cawan air + garam
  • 1 biji kelapa parut - jadikan 3 cawan santan
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
  • garam - secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Campurkan tepung pulut dan tepung beras - masukkan air garam sikit-sikit. gaul sehingga sebati dan tidak melekat kat tangan (mcm buat buah melaka)

  2. Didihkan air setengah periuk.

  3. bulatkan tepung kecil2 seperti biji guli, penyekkan tengah-tengah dan masukkan ke dalam air yg mendidih. Buat sehingga habis.. bila masak tepung akan timbul. Sauk dgn penapis dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air supaya tak melekat.

    data.jpeg
  4. Untuk kuahnya: satukan santan, gula merah, gula pasir, daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

  5. Tapis putri2 tadi dan masukkan ke dalam kuah. Dah siap..

  6. Nota: boleh juga ditambah sagu mata ikan dan pisang kalau suka..!!