Resepi Cheese Tart

 Dihantar Oleh Pada 20 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 18 biji
Description

Mini tat keju. Sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan.

Share:
Bahan-bahan
  • Pastri:
  • 70g mentega
  • 50g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 110g tepung gandum
  • 15g serbuk badam
  • Beberapa titik esen vanila
  • Inti:
  • 50g cream cheese
  • 100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur (saiz M)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil tepung jagung/'corn starch'
  • 50ml krim segar
Cara-cara
  1. Cara buat pastri: Masukkan mentega ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.

  2. Tambahkan gula. Pukul sehingga putih.

  3. Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.

  4. Campurkan tepung dengan serbuk badam. Kemudian ayakkan.

  5. Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.

  6. Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.

  7. Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan acuan diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat inti.

    open-uri20151010-29872-1myp459
  8. Cara buat inti: Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.

  9. Tambahkan krim segar sedikit demi sedikit sambil dikacau.

  10. Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan tepung jagung/'corn starch' ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.

  11. Sapukan bekas muffin dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.

    open-uri20151010-29872-1hhos2
  12. Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170Catau sehingga pastri nampak kuning/perang.

    open-uri20151010-29872-6iiglb
  13. Bila dah sejuk. Boleh bungkus cantik-cantik dan dijadikan sebagai buah tangan.

    open-uri20151010-29872-1o7fnb9