Ikan Pekasam

Resepi Ikan Pekasam

 Dihantar Oleh Pada 22 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

resepi ikan pekasam basah ini banyak terdapat di Perak...senang je buatnya...

Share:
Bahan-bahan
  • 5 ekor ikan talapia (apa-apa jenis ikan sungai pun boleh)
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 5 tangkai daun ubi kayu
  • 3 sudu besar garam
Cara-cara
  1. Ikan tersebut dibersihkan dan dibasuh dengan asam keping. Ketepikan.

  2. Masukkan semua bahan diatas kecuali daun ubi,ke dalam bekas dan digaul sebati.

  3. Sediakan bekas kedap udara atau balang kaca muat untuk dimasukkan semua bahan tadi. Sebelum ditutup masukkan daun ubi diatas permukaan ikan tadi. Tutup ketat-ketat.

  4. Jangan buka tutup selama seminggu untuk mengekalkan kemasaman ikan. Sedia untuk digoreng dan dimakan dengan nasi panas bersama ulaman.

  5. P/s : Ada satu lagi cara, nasi sejuk boleh diganti dengan beras goreng. Caranya, beras tersebut digoreng terlebih dahulu dan dikisar. Kaedah ini ikan terasa lebih kering dan tidak basah. Selamat mencuba....

Tags 
  •   ikan
  • Komen