Resepi Kek Batik Simple

 Dihantar Oleh Pada 18 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 loyang
Description

Kek yang mudah & sedap sangat....

Share:
Bahan-bahan
  • 1 peket Milo (yang paling kecil)
  • 1 tin susu cair (biase guna susu Carnation)
  • 1 buku mentega Buttercup
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur ayam
  • Serbuk koko (dalam 1 sudu besar)
  • 1 1/2 peket biskut Marie (lebih sedap kalau gune biskut Marie biasa bukan yang perisa koko)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut Marie).

  2. Cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yang kecil.

  3. Kacau bahan-bahan tu sampai pekat (dalam 15 minit).

  4. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut Marie dan kacau sehingga sebati.

  5. Kemudian, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan.

  6. Pastu, masukkan dalam peti sejuk untuk keraskan. Kalau dah keras baru sedap dimakan...selamat mencuba.