Dihantar Oleh Pada 19 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50 biji
Description

Experiment kuih raya sudah bermula. Nak refresh balik skill membuat kuih raya :). Orang Kedah banyak yang panggil biskut ni kuih samprit.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula dikisar halus
  • 1 kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate chips untuk hiasan
Cara-cara
  1. Panaskan oven 180 darjah.

  2. Di dalam satu mangkuk, pukul butter, gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, vanila, dan kacau sebati.

  3. Masukkan tepung (gandum dan kastad) sedikit demi sedikit sehingga habis. Adunkan dengan tangan sehingga menjadi doh lembut.

  4. Tekan dengan acuan kuih samprit dan hiaskan dengan chocolate chips. Bakar selama lebih kurang 20 minit.

  5. NOTA: Biskut ini sederhana manis. Jika anda gemarkan lebih manis, sila lebihkan gula.