Resepi Daging Panggang Dan Salsa

 Dihantar Oleh Pada 16 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk 2 orang
Description

Resipi yang simple dan sesuai untuk lunch atau dinner.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 keping steak fillet diperap dengan sedikit sos tiram, kicap manis, dan serbuk lada hitam
  • 1 apple hijau didadu kecil
  • 1/2 labu bawang besar didadu kecil
  • 1 biji tomato didadu kecik
  • 2 sudu makan gula merah (saya guna gula melaka)
  • 1 biji lemon diambil jusnya
  • 1 biji cili padi dihiris halus (lebihkan jika suka pedas)
  • 1 sudu makan puri tomato
Cara-cara
  1. Panaskan oven 180 darjah dan panggang steak fillet selama 20-30 minit.

  2. Didalam satu mangkuk, campurkan apple, bawang besar, tomato, lemon juice, cili padi, puri tomato, dan gula merah. Tambah atau kurangkan gula mengikut citarasa sendiri.

  3. Hidangkan daging panggang dengan salsa. Rasa salsa yang masam masam manis ini memang sedap dinikmati bersama daging panggang.

Komen