Kuih Cucur

Resepi Kuih Cucur

 Dihantar Oleh Pada 15 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

Resepi orang dolu-dolu... sayer tak ingat ambik dari mano ... tapi best.. teringat zaman kocik-kocik dulu....makan paneh-paneh pun sodappp...

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 gula gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air panas
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. 1. Gula merah dicairkan dengan 2 caw air panas

  2. 2. Tepung beras,tepung gandum,gula pasir dan garam dicampurkan dengan gula merah yang telah dicairkan (gaulkan sebati sehingga tidak berketul sewaktu air gula merah masih suam-suam)

  3. 3. Dibiarkan semalaman

  4. 4. Digoreng dengan minyak 2 senduk (kalu nak banyak guna senduk kecil/ kalu guna senduk besar kuantiti kuih yang dapat cikit jer ler)

  5. 5. Bancuhan tadi digoreng dengan menuangkannya sesenduk demi sesenduk untuk mendapatkan kuih yang bulat dan cantik seperti topi.

  6. 6. Menggoreng dengan minyak, api perlu sederhana, api jangan besar nanti kuih hangus. Bila minyak tadi susut jadi tambah minyaksedikit demi sedikit.

  7. 7. Toskan dan bolehlah dimakan.

Tags 
  •   kuih