Resepi Masak Jeruk Ikan

 Dihantar Oleh Pada 29 July, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 family
Description

Ringkas, resepi turun temurun (masakan utara kot!)

Share:
Bahan-bahan
  • 3-5 ekor ikan goreng (apa2 aje ikan goreng yg tak habis..baru goreng pun boleh juge..)
  • 10 ulas bawang merah - kalau besar belah dua aje..
  • 10 ulas bawang putih - kalau besar belah dua.
  • 2 inci halia - hilis halus memanjang.
  • sedikit biji sawi
  • 2 - 3 biji cili merah - belah 2
  • 5 sudu cuka makan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sb gula
  • garam secukup rasa
  • 3 sb minyak untuk menumis
  • 1/2 sb jintan manis / jintan besar - tumbuk halus dan ambil airnya.
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Masukan bawang merah, putih, biji sawi dan halia. Biar hingga kekuningan.

  2. Masukkan air, cuka, air jintan manis & gula. Tunggu hingga mendidih.

  3. Masukkan ikan goreng dan cili merah. Biarkan 5 minit. Masukkan garam. Imbangkan rasa masin, manis & masam.

  4. Siap..selamat mencuba...!!

  5. Note: Jeruk ni lebih sedap selepas semalaman sebab semua isi dah sebati dgn cuka..

Tags 
  •   ikan
  • Komen