Resepi Creamy Mushroom Soup

 Dihantar Oleh Pada 13 May, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

Sup cendawan. Sesuai dimakan dengan garlic bread.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/4 cawan bawang besar- mayang
  • 2 sudu besar daun parsley- cincang
  • 1 sudu besar mentega/margerin
  • 1 1/2 cawan cendawan butang
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil Worcestershire sauce
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 2/3 cawan air
  • 1/2 cawan sour cream
Cara-cara
  1. Panaskan mentega. Tumis bawang sehingga layu. Jangan sampai perang.

  2. Masukkan cendawan. Tumis 2-3 minit.

  3. Bancuh tepung jagung dengan air. Kemudian masukkan ke dalam cendawan tadi.

  4. Masukkan juga semua bahan-bahan lain. Masak sehingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan sekejap.

  5. Kemudian masukkan ke dalam blander. Blend sekejap. Jangan terlalu lama! Mungkin sekali tekan saja.

  6. Kemudian renehkan semula sehingga pekat.

  7. ni ler rupa botol worcestershire sauce

    open-uri20151010-29872-17opksn