Resepi Pasta Carbonara

 Dihantar Oleh Pada 08 July, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

Carbonara simple.. boleh tambah cili api utk citarasa melayu

Share:
Bahan-bahan
  • 2 biji telur separuh masak
  • pasta utk 2 org makan
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar butter
  • sedikit garam
  • 1 ulas bawang putih- dicincang
  • 1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Parmesan cheese secukupnya
  • Parsley kering secukupnya
  • 4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu)
  • serbuk lada sulah/lada hitam
Cara-cara
  1. Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.

  2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

  3. Masukkan pasta ke dlm no.2 bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.

  4. Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin

  5. Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.

  6. Note :Kalau nak sesuaikan dengan tekak melayu, boleh masukkan potongan cili padi semasa tumis bawang.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua