Resepi Cream Puff Coklat

 Dihantar Oleh Pada 28 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 dozen
Description

Resipi yang best tapi mudah & cepat.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cwn Tepung gandum
  • 2 sb Serbuk Koko
  • 1 cwn Air
  • ½ sk Garam
  • 1 sb Gula
  • ½ cwn Mentega tanpa garam
  • 4 biji Telur
Cara-cara
  1. Ayak tepung & serbuk koko.

  2. Panaskan bhn2 yg lain kecuali telur sehingga butter cair. Tutup api. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul.

  3. Paipkan atau sudukan ke atas dulang pembakar yg di minyakkan. Bakar 25 minit suhu 210C. Sejukkan.

  4. Untuk membuat kastad coklat, letakkan 4 biji telur kuning, 100g Gula, 60g Tepung, 600ml Susu, & 80-100g Coklat ke dlm periuk & kacau sehingga pekat & menggelegak

  5. Kalau rajin, boleh buat topping coklat cair atau pun guna coklat fondue.

Komen