Resepi Nasi Goreng Kampung

 Dihantar Oleh Pada 22 June, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3org
Description

Sesuai pada yg sukaaaa makan pedas ;)

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan nasi putih
  • 20 biji cili padi hijau
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • ikan bilis goreng
  • 1 ikat kangkung
  • 3 sb minyak masak
  • garam
  • serbuk perasa
Cara-cara
  1. Dalam lesung batu, cili padi & bwg putih ditumbuk lumat, masuk bwg besar tumbuk kasar2.

  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bwg kekuningan. Masukkan nasi putih. Gaul rata. Masuk garam & serbuk perasa. Gaulkan biar sebati.

  3. Api biarkan perlahan.Masukkan ikan bilis goreng. Kacau biar sekata. Lepas nasi dah gebu lebih kurang 10minit masukkan kangkung.

  4. Kacau nasi dan rasa tawar atau masinnya. Adjust dah ok, siap :)

  5. ** Kalau yg suka pedas blh tambahkan lagi cili padi. ** Kalau suka ikan bilis goreng lebih blh tambahkan lagi

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua