Resepi Pencuk Nenas

 Dihantar Oleh Pada 19 June, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

Resipi dari arwah Emak. Dimakan bersama nasi seperti acar jelatah, boleh juga diratah begitu sahaja.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 bijik nenas separuh masak
  • 5 biji cili merah (tambah cili api utk lebih pedas)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • belacan - dibakar
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Nenas dibuang kulit, bersihkan dan racik halus.

  2. Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih dan belacan.

  3. Gaulkan nenas dan bahan yang ditumbuk tadi.

  4. Perasakan dengan garam dan gula.

Tags 
  •   acar
  • Komen