Resepi Bakwan Jagung (cucur Jagung)

 Dihantar Oleh Pada 17 June, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 org
Description

sesuai utk sarapan, minum petang, snack. masakan indonesia, belajar dari maid.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan isi jagung (saya guna jagung dlm tin)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1-2 ulas bawang putih + 1/2 bawang besar (potong halus2)
  • sedikit ikan bilis (resipi asal tak de ikan bilis)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya (~ 1 cawan lebih sikit)
  • Minyak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak & goreng bawang, ikan bilis sebentar. (resipi asal tak perlu goreng, tapi saya rasa lagi sedap kalau bawang/ikan bilis digoreng dulu)

  2. Masukkan jagung, tepung, telur, garam & gula kedalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. (Consistency batter ni mcm buat cucur/cekodok biasa)

  3. Masukkan bawang/ikan bilis goreng ke dalam bancuhan & kacau hingga sebati.

  4. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, boleh lah goreng bancuhan tepung. Guna api sederhana, goreng hingga kekuningan.

  5. Setelah di angkat, toskan atas kitchen paper towel. Siap utk dihidang, boleh dicicah dengan sos cili/tomato, mayonis. Makan macam tu je pun sedap. Selamat mencuba!

  6. Note: Kalau tak nak goreng, boleh juga di masak mcm pancake. Cairkan sedikit bancuhan, masak guna non-stick pan mcm masak pancake. Tapi rasa nye version yg goreng lagi sedap. ;-)

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua