Resepi Daging Bakar Tok Ngah

 Dihantar Oleh Pada 09 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resepi mertua kesayangan saya. Nak makan dengan nasi pun boleh, nk buat stik pun ok.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilo daging - hiris mcm nak buat stik
  • Garam kunyit - untuk gaul dengan daging tu
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar air asam jawa
Cara-cara
  1. Gaul daging dengan garam dan kunyit tadi.

  2. Giling / tumbuk / kisar bawang, lada, jintan, serai dan halia sampai jadi lumat.

  3. Gaulkan dengan daging tadi.

  4. Masukkan santan, air asam jawa, gula dan rasakan garam gula.

  5. Perap sebentar (1/2 jam - 1 jam) sebelum dibakar.

  6. Bakar atas dapur arang macam buat percik tu.

  7. Guna serai untuk percik bahan perap atas daging semasa di bakar.

  8. Bila masak, hiris dan hidang.

  9. Sedap dimakan bersama air asam yang ada banyak tomato tu.