Dihantar Oleh Pada 08 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-5 orang
Description

Kesukaan gua lah ni...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
  • 1/2 batang timun dibuang biji
  • 4 keping nenas dipotong panjang
  • 2 biji tomato
  • 3 biji bawang putih
  • 5 sudu makan cili kering / cili boh
  • 6 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu sos ikan
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 bji bawang besar
  • 1 tangkai daun sup / daun ketumbar
Cara-cara
  1. Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan.

  2. Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya.

  3. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata.

  4. Biar sehingga masak, padam api dapur.

  5. Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan.