Dihantar Oleh Pada 30 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: ramai boleh makan
Description

resepi mak i ni, rasa ala2 kek buah cosway gitu, cubalah

Share:
Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan air sejuk
  • 2 cawan magerin /mentega
  • 400g buah-buahan campuran
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  1. gula, air, mentega dan buah-buahan di masak bersama dengan api perlahan hingga mendidih dan buah agak ringan. tutup api dan biarkan sejuk

  2. tepung gandum, tepung naik sendiri dan baking powder di ayak bersama

  3. pukul telur hingga kembang, masukkan adunan buah-buahan tadi kacau rata kaedah kaup balik.

  4. masuk tepung, dan esen vanila, gaul kaedah kaup balik hingga rata. jgn gaul terlalu lama nanti buah turun balik cukup sekadar sebati

  5. bakar dalam aduan yang telah digris dgn mentega dan ditabur sedikit tepung, selama 1 jam 180 darjah celcius

Tags 
  •   kek