Resepi Apam Gula Hangus

 Dihantar Oleh Pada 30 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1
Description

Jumpa resipi ni kat dalam majalah Wanita. Orait jugak resipi ni...mudah disediakan

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan gula - untuk karamel
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu makan butter/marjerin
Cara-cara
  1. Panaskan 1 cawan gula dalam periuk sehingga menjadi karamel(perang dan cair semua gula..jangan sampai hitam legam hangus)

  2. Padamkan api. Masukkan 1 cawan air panas (air gula karamel nanti akan meruap, jadi berhati hati dan pastikan periuk cukup besar untuk megelakkan tumpah. Air mesti air panas, kalau sejuk, nanti karamel akan terkezut dan terus keras). Kacau dan masukkan butter dan 1/2 cawan gula lagi. Biarkan sejuk.

  3. Pukul telur sampai kembang. Saya guna blender saja. Masukkan tepung, susu, soda. Blend hingga sebati.

  4. Akhir sekali masukkan karamel yang telah disejukkan tadi dan blend lagi hingga sebati

  5. Perapkan lebih kurang 30 minit. Masukkan kedalam acuan yg telah disapu sedikit butter. Bakar selama 30-40 minit (oven 160 darjah)