Dihantar Oleh Pada 04 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: square baking tin-small
Description

Kek raya di kebanyakan rumah.

Share:
Bahan-bahan
  • 250g mentega
  • 1 1/4 cawan gula kastor
  • 7 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 paket Cream Crackers (kalau boleh yang tawar)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Pewarna (ikut suka)
  • Prune Sunsweet atau asam deduit
Cara-cara
  1. Sediakan pengukus, griskan loyang. Sementara itu, kisar Cream Crackers hingga jadi halus.

  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau dengan pengadun.

  3. Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat, kacau.

  4. Masukkan biskut yang dah dikisar tadi sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.

  5. Bahagikan adunan ikut warna yang disukai. 2-3 warna sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yang dibahagikan 3 tadi.

    open-uri20151010-29872-rjamkz
  6. Masukkan 4 sudu untuk lapis pertama (warna asal), kukus 10 minit. Kemudian lapis kedua dengan warna merah, lapis ketiga dengan warna hijau, lapis keempat boleh la letak prune atau asam deduit tu. Ulang langkah ni hingga loyang penuh.

    open-uri20151010-29872-bs3a
  7. Masukkan dalam oven ('medium heat') selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama.