Dihantar Oleh Pada 03 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Sup cendawan yang mudah.. Enak dimakan bersama roti atau nasi.

Share:
Bahan-bahan
  • 5-6 keping cendawan
  • Lobak merah
  • Isi ayam
  • Isi ketam
  • Tepung jagung
  • Sos tiram
  • Putih telur (daripada sebiji telur)
  • Sekeping tauhu
Cara-cara
  1. Cendawan, tauhu, isi ayam, dan lobak dipotong nipis-nipis.

  2. Isi ayam dicampurkan dengan sesudu tepung jagung.

  3. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan isi ayam tadi.

  4. Masukkan cendawan, lobak dan tauhu. Isi ketam jangan masukkan terlalu awal takut terlalu hancur.

  5. Masukkan 2 sudu sos tiram.

  6. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan ke dalam masakan tadi. Pastikan kuah sedikit likat.

  7. Tambah garam secukup rasa dan masukkan putih telur sambil dikacau.

  8. Bolehlah dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi atau roti.