Resepi Mini Fried Apple Pie

 Dihantar Oleh Pada 16 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12-14 biji
Description

Sesuai untuk minum petang

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Inti:
  • 2 biji apple merah - potong dadu
  • 1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
  • 1/2 sdk serbuk kayu manis
  • 1 sdb perahan jus lemon
  • 1 sdk tepung jagung + 1 sdb air
  • Bahan Pastri:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk garam
  • 1/2 cawan butter - beku (sejuk)
  • 1/2 cawan susu segar sejuk
  • **minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Inti: Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.

  2. Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.

  3. P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.

  4. Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)

  5. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.

  6. Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).

  7. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.

  8. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.

Komen