Resepi Opor Ayam

 Dihantar Oleh Pada 05 May, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Hidangan utk 4-5 org
Description

Menu wajib family mertua setiap kali Hari Raya ... makan dgn ketupat or nasi impit ..... masakan ni agak masam2 pedas sikit ...

Share:
Bahan-bahan
  • 5- 6 ketul ayam
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit Garam
  • Bahan untuk di blender :
  • **5 batang serai
  • **5 biji chili hidup (merah)
  • **1 labu bawang besar ( sederhana )
  • **2 ulas bawang putih
  • **1 cm kunyit hidup
  • ** 2 cm halia
  • 3 biji limau kasturi (di ambil jus)
  • Garam, gula secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng ayam dan untuk menumis
Cara-cara
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam kemudian di goreng 3/4 masak dan di ketepikan.

  2. Tumis bahan-bahan yang di blender hingga garing.

  3. Bila dah garing, masukkan perahan jus limau ( ikut rasa klu suka masam2 boleh lebihkan limau). Masukakn garam, gula secukuprasa.

  4. Masukkan ayam yang dah di goreng tadi ke dalam bahan tumisan , gaul rata dan kacau hingga ayam masak sepenuhnya. Dah siap dan bolehlah dihidangkan .

Komen