Resepi Ayam Masak Palembang

 Dihantar Oleh Pada 16 April, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga
Description

Masakan kenduri kawin

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 5 sudu besar cili boh (ikut pedas mana u all nak)
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 20 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 batang serai diketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • air ikut banyak mana kuah yang dikehendaki
Cara-cara
  1. perap ayam dengan cili boh dan kicap serta sedikit bawang yang telah ditumbuk selama 1/2 jam

  2. tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau

  3. masukkan serbuk kari dan daun kari

  4. masukkan ayam dan biarkan sekejap

  5. tuangkan air, perasakan garam dan gula

  6. biarkan sampai kuah mendidih dan ayam betul2 masak

Tags 
  •   ayam
  • Komen