Dihantar Oleh Pada 11 April, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 orang makan
Description

Resipi yg ringkas tetapi mudah di masak..

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Di Kisar :
  • 1 biji Bawang Besar
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia
  • Segenggam Cili Kering(rendam air panas)
  • Ayam yg telah digoreng
  • 2 btg Serai(dititik)
  • Air asam jawa,serbuk lada putih,garam,gula & 1 kiub ayam.
Cara-cara
  1. 1-Panaskan sedikit minyak,tumis bahan dikisar & serai sehingga pecah minyak.

  2. 2-Kemudian masukkan gula & dikacau rata.Setelah itu masuk ayam grg serta air asam tadi & kacau lagi.Tambahkan sedikit serbuk lada putih,garam & kiub ayam.Ikut rasa anda.Jika suka sambalnya sedikit berkuah tambahkan air.

  3. 3-Biarkan sehingga masak sambil dikacau selalu.Siap dihidang.

Tags 
  •   ayam
  • Komen