Resepi Ikan Bakar Berlada

 Dihantar Oleh Pada 05 April, 2008
Kategori:  Ikan
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 org
Description

Untuk menambahkan resepi ikan bakar....

Share:
Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan cencaru (600gm). Boleh juga guna ikan siakap, jenahak, gerut atau pari.
  • 5 sb cili boh / lada giling
  • *3 biji bawang merah
  • *2 biji bawang putih
  • *1/2 inci kunyit
  • *1/2 inci halia
  • 1 sk pati asam jawa adabi / 2 sb air asam jawa
  • sedikit garam, gula dan pak aji ikut sedap rasa
  • 1 btg serai dititik
  • 2-3 biji limau kasturi
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, sbb ikan ni kecik saya buat poket kat belakang ikan, kalau guna ikan besar mcm jenahak, siakap lebih elok belah tgh terus mcm ikan masin.

    open-uri20151010-29872-1vgqcep
  2. Kisar bahan bertanda *. Tumis lada boh hingga garing kemudian masukkan bahan kisar. Letakkan serai yg dititik. Bolehlah letak asam jawa, garam, gula dan perasa. Tumis sampai garing. ( sambal ni boleh buat byk simpan fridge ). Kalau tumis garing boleh simpan sampai 1 minggu.

  3. Sumbat sambal dalam ikan. Kalau guna ikan besar, letak sambal pd bhgn dlm ikan. Bakar ikan.

    open-uri20151010-29872-1tmkm9o
  4. Perahkan limau kasturi masa makan.