Dihantar Oleh Pada 19 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15org
Description

resepi bonda...senang je nk buat :D

Share:
Bahan-bahan
  • 400g mee hoon
  • 100g daging
  • 10 ekor udang
  • 6 ulas bawang putih
  • 4sb sos tomato
  • 2sb sos cili
  • 1sb sos tiram
  • 5sb minyak masak
  • garam,gula & ajinomoto
  • 1/2sb cuka
  • 1 cawan air panas
  • 1 batang lobak - potong memanjang dan nipis
  • kobis - hiris nipis2
  • 200g taugeh
Cara-cara
  1. Mee hoon direndam 20minit dan di toskan. Daging dipotong kecil2, udang buang kulit. Bwang putih tumbuk lumat.

  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih naik bau, Masukkan udang dan daging, gaul rata. Bila nmpak dah kering masukkan sedikit air dan tumis sampai daging lembut, lebih kurang 10minit.

  3. Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,cuka,gula,garam & ajinomoto. Kacau lagi dan rasa apa yg kurang, adjust mana yg patut. Bila rasa dah cukup masukkan air panas.

  4. Dah menggelegak masukkan lobak, kobis dan mee hoon. Gaul biar semua sekata. Bila nmpak kering masukkan air sikit2 hingga mee lembut. Rasa jika ada yg terkurang leh adjust skit2 sbb rasa akan kurang bila tambah air.

  5. Bila rasa dah ok, masak mee hoon nih lagi 10 minit atau hingga nmpak gebu. Tutup api dan masukkan taugeh,gaul biar sekata. Dalam gambar xda sbb kat umh xda stok taugeh.

  6. Hias dgn daun bawang,bawang goreng & lada merah yg dipotong menyerong.

  7. *** Kalau nk mee nih pedas, lepas tumis bwg putih masuk pes lada pastu br masuk udang & daging.

Tags 
  •   mee
  • Komen