Dihantar Oleh Pada 14 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-8 org makan
Description

Senang & simple... Rajin2 la mencuba ;)

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu makan butter
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit esen ros
Cara-cara
  1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.

  2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit. DIINGATKAN : Perlu berhati-hati sbb takut gula panas terkena tangan.

  3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.

  4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.

  5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.

  6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.

  7. Pukul hingga rata.

  8. Masukkan sedikit esen ros. Kacau.

  9. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bile masak, nampak berlubang2 cantik.

  10. Kukus selama 1 1/4 jam atau sehingga masak.

Tags 
  •   kek