Dihantar Oleh Pada 07 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50 biji(ikut saiz)
Description

Untuk kanak-kanak

Share:
Bahan-bahan
  • *2 cawan kelapa parut kering
  • *1/2 cawan susu pekat manis
  • *1/4 cawan gula
  • *1 camca besar majerin
  • *1camca besar mentega
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 cawan nestum
  • 160 gm mentega
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 camca teh esen vanilla
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan bertanda * (untuk inti)hingga sebati dan tepikan.

  2. Ayak kedua jenis tepung dan campur dengan nestum.

  3. Krim mentega dan gula hingga sebati.Masukkan esen vanilla dan telur,pukul hingga sebati.

  4. Masukkan campuran tepung dan gaul jadi doh.

  5. Canai setebal 5 mm dan terap dengan acuan bulat bergerigi.Letak dalam acuan tart dan rapikan.

  6. Letak anggaran 1 sudu inti kelapa tadi (tak perlu padatkan).Bakar dgn suhu 180 C selama 10 minit atau hingga masak.

Tags 
  •   tart
  • Komen