Resepi Kuih Tiram

 Dihantar Oleh Pada 03 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: dapat banyak...boleh dapat satu tin besar kot!
Description

ada org panggil kuih lidah kucing, lidah buaya, lidah jin..kuih kapal terbang..mcm2 nama.. :D

Share:
Bahan-bahan
  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**
Cara-cara
  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.

  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)

  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D

  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.

  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.

  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.