Resepi Udang Goreng Bersalut Telur

 Dihantar Oleh Pada 11 October, 2006
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 - 2 Orang
Description

Masakan orang laut, masa buat 29 minit sahaja (terbukti sempat sebelum waktu berbuka), resepi daripada bakal mak mertua keduaku.

Share:
Bahan-bahan
  • >> Bahan-bahan Utama <<
  • Udang besar 8 - 10 ekor yang siap dibersihkan (jgn buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya).
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu teh serbuk lada berperisa
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
  • >> Sos Pencicah <<
  • 4 biji cili merah besar ditumbuk/dikisar
  • 2 sudu besar gula ditumbuk/dikisar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk/dikisar
  • 1 sudu besar perencah udang bercili (Maggi)
  • 4 biji limau kasturi (boleh diganti dengan 1 sudu besar cuka)
Cara-cara
  1. Gaul udang dengan tepung ubi sampai sebati.

  2. Gaulkan serbuk lada, gula, kicap dan garam secukup rasa bersama telur.

  3. Setelah itu, campurkan telur dan bahan-bahan campuran tadi dengan udang yang bersalut tepung ubi. Gaulkan hingga sebati.

  4. Goreng satu persatu udang tersebut. Kalau nak ekspress, just tuang aje semuanya ke dalam kuali.

  5. Untuk penyediaan sosnya pula, bahan-bahan sos pencicah tadi ditumis dan masukkan perencah udang bercili Maggi. Kemudian rembeskan limau kasturi. Kacau sekejap. Itu saja!