Resepi Nasi Briyani

 Dihantar Oleh Pada 16 February, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 orang
Description

Belajar daripada mak:-) Simple n senang nk masak....boleh la cube;-)

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan2 utk di mesin atau ditumbuk:-
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 1 labu bawang besar
  • * 1 inci halia
  • Bahan2 utk menumis:-
  • * 2 sudu besar minyak sapi
  • * 2 sudu besar minyak masak
  • * 1 1/2 sudu besar rempah briyani (kalau ske lebih leh je tmbh je 2 or 2 1/2 sudu)
  • * bahan2 yg di mesin/ ditumbuk
  • Utk nasi:-
  • * 4 cwn beras basmathi/ beras mkn yg biasa
  • * 4 cwn air ( or ikut sukatan air utk beras yg digunakan)
  • * 1 senduk (nasi) susu pekat manis atau 1/2 tin susu cair
  • * sedikit garam (secukup rasa)
Cara-cara
  1. Basuh 4 cawan beras sebanyak 3 kali, untuk bilasan yg ke-3 jgn buang air. Biarkn beras terendam sementara nak sediakan bahan2 untuk nasi.

  2. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan-bahan yang di mesin atau ditumbuk tadi sehingga agak kekuningan. Kemudian masukkan rempah briyani, dan tumis lagi sehingga naik bau. Tutup api setelah bahan menumis naik bau wangi.

  3. Sementara menumis, dengan cermat buangkan air bilasan terakhir untuk beras tadi.

  4. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yg berisi beras yg telah dibasuh dan direndam tadi. Masukkan susu pekat manis/ susu cair ke dalam periuk yang sama. Letakkan air ikut sukatan masak nasi biasa dan garam secukup rasa.

  5. Masak nasi seperti nasi putih biasa. Sekali-sekala, kacau nasi untuk mengelakkan melekat atau hangit di bahagian bawah dan untuk bagi nasi masak secara serata.

  6. Setelah nasi masak, boleh dihidangkan panas2 bersama dengan ayam masak merah, kuah dalca dan kerabu timun. Selamat mencuba:-)

Tags 
  •   nasi
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua