Stew Daging

Resepi Stew Daging

 Dihantar Oleh Pada 11 February, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Stew kegemaran anak-anak, menggunakan bahan biasa je... Sorry la tak leh nak upload gambo .Kamera buat hal..

Share:
Bahan-bahan
  • 3 batang carrot dipotong besar
  • 5 ubi kentang di potong besar
  • 3 batang leek
  • 500 gm daging dipotong dadu
  • 3 kiub tulang rusuk maggi
  • Sedikit tepung gandum untuk menyalut daging
  • 4 sudu butter untuk menumis
  • 4 biji bawang besar dipotong empat
  • Sedikit kicap masin untuk menghitamkan stew
  • 1/2 cawan tepung jagung untuk memekat kan stew.(dibancuh dengan air dulu)
  • 4 helai bay leaf
  • 2 sudu rosemary
  • Lada hitam secukup rasa
  • Air 2000 ~3000 ml
Cara-cara
  1. Salutkan daging yang telah ditoskan dengan tepung gandum.tumiskan daging dengan menggunakan butter.

  2. Masukkan air dan kiub tulang rusuk. Biarkan mendidih dengan api perlahan .

  3. Masukkan separuh sayur yang dipotong tadi dan biarkan dalam periuk sampai lembut (dalam 1 jam). Masukkan gak daun bay dan rosemary.

  4. Bila daging dan sayur dah lembut , masukkan kicap, tepung jagung yang dah dibancuh tu, lada hitam , garam secukup rasa la.Masukkan sayur yang selebihnya tadi dan biarkan dalam 10 minit.Boleh la makan dengan roti atau cam tu je..

Tags 
  •   Stew
  • Komen