Resepi Side Dishes Nasi Ayam Ala TCRS

 Dihantar Oleh Pada 10 January, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

kombinasi lauk-lauk nasi ayam ala The Chicken Rice Shop

Share:
Bahan-bahan
  • A) Kerabu Mangga : 1 biji mangga muda - hiris nipis
  • 2 btg serai, hiris nipis
  • 5 tangkai cili padi - lebihkan kalau suka pedas
  • sedikit sos ikan
  • garam dan gula secukup rasa
  • hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan.
  • B) Ipoh Taugeh : Taugeh (anggaran 50¢)
  • 3 sudu sos tiram
  • sedikit lada sulah
  • hirisan cili merah, bawang goreng dan daun sup/bawang sebagai hiasan
  • C) Egg Tofu with Oyster Sauce
  • 2 bungkus tofu telur - potong 2
  • 1/2 cawan sos tiram campur 1/2 cawan air
  • sedikit lada sulah
  • bawang goreng, daun sup/bawang & hirisan cili merah sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Menu A) - campurkan semua bahan dan gaul rata. Hiaskan dengan cili merah dan daung bawang.

  2. Menu B) - Buang kulit taugeh dan basuh taugeh bersih-bersih. Letakkan dalam mangkuk dan tuangkan sos tiram. Taburkan sedikit lada sulah dan hias dengan cili merah. Kukus sebentar (jangan sampai taugeh layu) dan keluarkan. Taburkan daun sup/ daun bawang & bawang goreng sebagai hiasan.

  3. Menu C) - masukkan tofu yang telah dipotong kedalam mangkuk. Tuang campuran sos tiram dan air kedalam mangkuk tersebut. masukkan sedikit lada sulah. Kukus selama 2 minit. Setelah masak, keluarkan dan hias dengan bawang goreng & daun sup & daun bawang. *note* kalau nak sedap boleh tambah udang kering tumbuk macam kat TCRS tu..

  4. resepi side dishes ini sedap dimakan bersama nasi ayam & roasted chicken. ia merupakan pilihan menu yang sihat kerana dimasak secara kukus dan tidak menggunakan minyak.

  5. selamat mencuba!

Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua