Ais Krim Mudah

Resepi Ais Krim Mudah

 Dihantar Oleh Pada 09 January, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Sekeluarga
Description

Untuk yang suka buat kerja yang simple & enak untuk dimakan

Share:
Bahan-bahan
  • Susu kotak sebarang perisa..(kotak yang beso tu)
  • Coffemate 200gm (harga tak silap dalam RM2.90)
  • Susu pekat secukup rasa (korang agak-agakla kalau suka manis taruh banyak sket)
Cara-cara
  1. Bekukan susu kotak (kalau nak buat esoknya,korang bekukan la malam sebelum tu)

  2. Bila dah beku,guriskan dengan garfu sampai menjadi halus

  3. Kemudian,masukkan coffemate kesemuanya dalam ais tadi tu.Gaul kasi rata.

  4. Masukkan susu pekat secukup rasa.Kalau suka manis taruh lebih la.Tapi janganla manis sangat

  5. Lepas tu,pukul dengan speed yang paling laju.Hasilnya ia akan menjadi 2x ganda banyak dari ais yang dibekukan.

  6. Bekukan semula.Kemudian pukul lagi.Ulang 2-3 kali agar aiskrim menjadi halus.

  7. Setelah selesai,boleh la di makan aiskrim tu.Perlu dipastikan yang peti ais anda cukup sejuk untuk membekukan aiskrim berkenaan.

  8. Selamat mencuba!Gerenti best punye!!

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua