Resepi Carrot Cake With Cream Cheese Frosting

 Dihantar Oleh Pada 24 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 9 inch
Description

hasil dr pemerhatian dan perbandingan antara beberapa resepi dr forum cari. resepi kedua stlh lama bertapa. eheh :D

Share:
Bahan-bahan
  • Bahagian Kek
  • 1 1/4 cup minyak jagung (kalo darurat, myk masak pn blh)
  • 4 biji telur gred B
  • 120 gm gula castor
  • 120 gm gula perang
  • 100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)
  • 250 gm tepung high protein (tepung gandum pn ok)
  • 1 tsp baking soda
  • 1/4 tsp garam
  • 1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)
  • 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
  • 1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pn boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
  • 1 tbs susu pekat (utk moist - kalau xnak xpe)
  • Cream Cheese Frosting
  • 120gm gula icing
  • 250gm cream cheese
  • 120gm unsalted butter (kalo xde unsalted, belasah je la)
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.

  2. kemudian, masukkah bhn2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.

  3. akhir sekali, masukkan carrot, raisins. gaul sebati.

  4. masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna lidi utk pastikan dalam kek masak.
    bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.

  5. cream cheese frosting

    masukkan cream cheese, gula icing yg telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP). guna blender pn ok. blend kan semua, dan sapukan di atas kek.

  6. utk lebih sedap, chill kan semalaman.

    note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila btul2 nk makan baru bring out.

    happy baking! ^__*