Resepi Kek Lumut

 Dihantar Oleh Pada 03 October, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: TIDAK TERHAD
Description

Kek untuk menjelang hari raya dari Sarawak

Share:
Bahan-bahan
  • 10 biji telur ayam
  • 2 gelas gula halus
  • 16 oz mentega
  • 1 gelas tepung badam
  • 5 gelas tepung nestum
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin/botol jem epal
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur hingga kembang.

  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis.

  3. Mentega dikacau terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi.

  4. Sesudah itu masukkan tepung badam yang sudah digaul bersama tepung nestum.

  5. Akhir sekali masukkan susu, jem, vanilla dan pewarna hijau.

  6. Kukus hingga masak.

  7. Kalau mahu kek lumut tahan lama, lepas kukus bakar sekejap anggaran 5~10 minit.