Resepi Mee Hoon Goreng Lada Hitam

 Dihantar Oleh Pada 07 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 family
Description

meh ubah selera sesekali dgn mee hoon ni.....

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
  • ( * ) bahan dikisar bersama
  • 1 cawan udang
  • 2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
  • 1 paket fish ball dibelah dua
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
  • 3 sudu makan sos tiram
  • secekak daun kucai - dipotong 2 inci
  • 2 genggam taugeh
  • 1 batang lobah merah- di hiris memanjang
  • garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
  • minyak untuk memasak
Cara-cara
  1. panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan

  2. masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit

  3. masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar

  4. masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak

  5. masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap

  6. akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

Tags 
  •   mee