Resepi Acar Timun Masak

 Dihantar Oleh Pada 28 April, 2006
Kategori:  Sayur
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Sesuai dimakan dengan nasi minyak atau ayam percik dan nasi putih

Share:
Bahan-bahan
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi
Cara-cara
  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar

  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam

  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih

  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.

  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih

  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.