Resepi Agar-Agar Kering Berperisa

 Dihantar Oleh Pada 07 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Banyak wei.......k ogy buat 3 adunan
Description

1st time buat. Hasilnye amat memuaskan. Musuh utamanyer hujan dan sang semut.

Share:
Bahan-bahan
  • 50gm Agar-agar kering
  • 400gm gula pasir
  • 1 cawan gula batu
  • 8 gelas air
  • Emulco/pewarna mengikut selera masing-masing
Cara-cara
  1. Rebus agar-agar kering dengan 8 gelas air sehingga mendidih.

  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih lagi.

  3. Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan emulco/pewarna mengikut selera masing-masing. Kak ogy guna emulco strawberi untuk warna merah, pandan untuk warna hijau, pisang untuk warna kuning dan vanilla untuk warna putih.

    open-uri20151010-29872-1kersyx
  4. Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar bersaka dan tidak melekat. K ogy jemur agar-agar ni selama seminggu.