Resepi Ikan Merah Kukus

 Dihantar Oleh Pada 29 September, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 orang
Description

masak stim, 3S - senang, sihat & sedap!

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ikan merah saiz besar (kalau ikan kecil guna seekor)
  • 3 helai daun bawang - potong bulat bahagian bawahnya yang warna putih/hijau muda tu, x yah amik daunnya)
  • segenggam daun katumbar
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih - dimayang nipis
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1 batang cili merah - dipotong
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Ikan dikelar-kelar dan dilumur sedikit garam.

  2. Masuk dalam pinggan tahan panas. Lumurkan sos tiram pada ikan dan curahkan kicap cair.

  3. Taburkan halia dan bawang putih. Kalau boleh, masukkan ke celah-celah ikan yang dikelar tadi (both sides).

  4. Tabur daun bawang, daun ketumbar dan cili merah potong ke atas ikan.

  5. Akhir sekali titiskan minyak bijan ke atas ikan dan kukus selama 20 minit attau hingga ikan masak.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua