Dihantar Oleh Pada 28 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Senang dan sangat sedap!! Resepi dari sempadan Kelantan dan Terengganu. Sila baca dulu semua arahan di bawah sebelum membuat. Sila tanya saya kalau anda tak faham. Selamat mencuba.

Share:
Bahan-bahan
  • Nasi - dimasak sedikit lembik
  • Daging - 1/2 kilo
  • Halia - 5 inci -ditumbuk lumat
  • Cili padi (hijau atau merah) - segenggam
  • Cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
  • Garam, gula sesedap rasa
  • (Bahan Tambahan):
  • Ikan bilis - digoreng garing
  • Bawang goreng
  • Bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • Air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
  • Daun sup - dihiris halus-halus
  • Limau nipis/limau kasturi - dipotong (untuk diperah semasa makan)
  • **Bahan tambah - perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.
Cara-cara
  1. Masak nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.

  2. Daging tersebut - dipotong besar-besar dan direbus dalam air yang banyak. Setelah masak - air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup untuk seisi keluarga (bagi yang suka kuah banyak) boleh tambah air lagi.

  3. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.

  4. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil, tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.

  5. Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk - masukkan air daging - masukkan semua bahan tambah - gaulkan semuanya. Boleh la dimakan, kalau tak cukup pedas - tambah air lada :)

  6. TIP- bahan yang perlu digoreng ialah bihun, ikan bilis dan daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dengan bihun atau ikan bilis.

  7. CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!