Resepi Bubur Lambuk

 Dihantar Oleh Pada 17 September, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Resipi seimbang, sedap & mudah disediakan...sesuai utk menu berbuka puasa...Selamat Mencuba!

Share:
Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan beras
  • 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
  • segenggam udang hidup
  • 2 sudu besar udang kering dikisar/ditumbuk kasar
  • 2 cawan santan drp sebiji kelapa
  • 8 ulas bawang merah dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia dikisar halus
  • 3 batang serai dititik
  • 6 cawan air
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 3 helai daun pandan disimpul
  • 2 cawan pucuk paku merah/perak/paya (sama jenis tp nama berbeza)-diambil daun & batang yg lembut shj
  • 2 helai daun kunyit dimayang halus
  • 3 tangkai daun kesum dimayang halus
  • 2 sudu kerisik kelapa (jika suka)
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN TADI.

  2. Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah.

  3. Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta serbuk lada hitam & udang kering. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana.

  4. Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak.

  5. Tambahkan kerisik kelapa, garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi.

  6. Akhir sekali, masukkan daun pandan, daun kunyit, daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup api.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua