Resepi Laksa Sarawak Istimewa

 Dihantar Oleh Pada 11 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 orang
Description

Pes laksa baru sampai terus buat makan2 utk kawan2....

Share:
Bahan-bahan
  • 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
  • 2 bungkus Bihun
  • 500gram udang basah
  • 3 ketul dada ayam
  • 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
  • 8 biji telur ayam
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula & msg secukup rasa
  • BAHAN TAMBAHAN
  • 500gram tauge
  • Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
  • Limau kasturi @ lemon
  • SAMBAL BELACAN
  • 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
  • Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
  • Sedikit air perahan limau@lemon
  • Garam & gula
Cara-cara
  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.

  2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.

  3. Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.

    open-uri20151010-29872-ubf34t
  4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.

  5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.

  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.

  7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.

  8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.

  9. CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK

  10. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.

  11. Set lengkap hidangan laksa swk.

    open-uri20151010-29872-mxlzam