Resepi Puding Cendol

 Dihantar Oleh Pada 10 September, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 x 10 x 1 inci
Description

Resepi favourite sebab mudah. Kalau di kawasan rumah Kak Ogy bila ada kenduri dan ada Puding Cendol, jiran2 dah tau nih mesti Kak Ogy buat.

Share:
Bahan-bahan
  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
  • Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Bagi Lapisan Bawah

  2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.

  3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.

  4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

  5. Bagi Lapisan Atas

  6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.

  7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.

  8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.

  9. Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.

    open-uri20151010-29872-1iw2jmt
  10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua