Resepi Puding Gula Hangus

 Dihantar Oleh Pada 27 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga
Description

Siapa siapa je boleh buat. Memang senang la.

Share:
Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air
Cara-cara
  1. Mula-mula cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair, lenggang-lenggang loyang tu biar gula tu rata.

  2. Pukul telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata, baru masukkan air.

  3. Akhir sekali tuang atas gula yang dah beku tadi, boleh kukus sampai masak. Kukus tu dalam lebih kurang 45 minit.

  4. Bila dah sejuk terlangkupkan. Boleh la dijamu untuk keluarga.